Tidak sedikit dikalangan lelaki mahupun wanita yang mengalami masalah rambut beruban sebelum masanya. Keadaan ini berkemungkinan akan menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri terutama jika masih belum mempunyai pasangan hidup atau kekasih hati. Yang mana seseorang itu sering disalah anggap sebagai orang tua walhal usianya masih muda.

Siapa menyangka seseorang yang belumpun mencecah usia 30 tahun telah memiliki masalah rambut beruban. Masalah ini hanya menyebabkan kegusaran semakin bertambah kerana memikirkan penampilan diri yang kelihatan sudah tua jauh dari usianya sebenar.

Para gadis atau jejaka pujaannya pasti menjauhkan diri disebabkan salah sangka yang timbul kerana masalah rambut beruban sebelum masanya. Hal ini sangat merungsingkan terutama kepada golongan wanita sangat beauty conscious jika ternampak sehelai dua rambut putih di kepalanya berbanding kaum lelaki yang lebih relaks.

Punca Rambut Cepat Beruban

Punca yang menyebabkan rambut bertukar menjadi kelabu berlaku apabila sel yang berperanan untuk menghasilkan pigmen gagal berfungsi dengan baik. Bagi sesetengah yang lain pula, rambut mereka mengandungi hidrogen peroksida yang merupakan agen peluntur semula jadi.

Secara umumnya, uban berlaku di pertengahan 30-an bagi orang putih manakala individu dari Asia mula mempunyai rambut beruban di lewat 30-an dan mereka yang berbangsa Afrika-Amerika tidak beruban sehinggalah mencecah usia pertengahan 40-an. Uban dikira pramatang sekiranya berlaku sewaktu berusia 20-an bagi orang putih atau bagi Afrika-Amerika sewaktu usia belum mencecah 30 tahun.

Punca masalah rambut beruban di usia muda

1. Keturunan

Faktor Genetik atau Keturunan adalah punca utama terjadinya masalah tumbuh uban ketika usia muda. Jika ada ahli keluarga sama ada ayah atau emak yang mempunyai uban sewaktu muda, keberangkalian anak-anak untuk memiliki rambut beruban juga tinggi.

Menurut Profesor Dermatologi di Pusat Perubatan Universiti Columbia, Dr. Lindsey A. Bordone, rambut beruban disebabkan oleh kehilangan sel pigmen dalam folikel rambut akan berlaku seiring dengan peningkatan usia, tetapi malangnya, tidak terdapat sebarang rawatan yang boleh mengembalikan semula sel pigmen ini. 

Beliau juga menyatakan, faktor genetik turut menjadi punca berlakunya rambut beruban terhadap seseorang individu itu.

Tidak terdapat sebarang rawatan perubatan yang boleh mereka lakukan untuk menghalang perkara ini daripada berlaku apabila ia disebabkan oleh faktor genetik.

2. Kekurangan Vitamin B12 & Zat Besi 

Vitamin B adalah sumber penting dalam kesihatan rambut manusia. Kurangnya vitamin B12 dan zat besi dalam tubuh badan, akan menyebabkan terjadinya pigmen pada rambut mereka yang mengakibatkan rambut beruban. Hal ini karena vitamin B12 memiliki peranan penting dalam pembentukan sel darah merah dan kesehatan sistem saraf.

3. Merokok 

Merokok juga penyebab kepada rambut beruban dengan cepat kerana kandungan nikotin di dalam darah yang cenderung menghapuskan zat dan gizi yang diperlukan dalam rambut. Kajian yang dijalankan oleh J.G. Mosley di British Medical Journey pada tahun 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami empat kali ganda masalah rambut cepat beruban.

Dalam satu kajian yang dijalankan pada 2013, merokok diketahui merupakan salah satu faktor risiko bagi kejadian rambun beruban pramatang.

4. Stress 

Stres atau tekanan perasaan boleh menyebabkan uban pra-matang tumbuh. Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature, stress memainkan peranan yang signifikan dalam perubahan warna rambut daripada warna asal kepada warna kelabu.

Para penyelidik pada peringkat permulaannya telah melihat kepada kortisol, iaitu sejenis hormon stres yang meningkat naik dalam tubuh apabila seseorang individu tersebut mengalami respons ‘lawan atau lari’ (fight or flight). Oleh itu kewujudan kadar kortisol tinggi dalam badan seseorang akan memberikan kesan negatif pada tubuh badan manusia.

Menurut ketua penyelidik kajian ini, Dr. Ya-Chieh Hsu, selepas beberapa hari, kesemua sel stem penghasil pigmen ini hilang dan tubuh tidak lagi dapat menghasilkan kembali pigmen untuk rambut manusia. Ini kerana, kerosakan yang berlaku pada warna rambut ini bersifat kekal.

Dr. Kasey Nichols dari Rave Review pula menyatakan, stres terjadi apabila terdapat ketidakseimbangan antara radikal bebas dan juga antioksidan dalam badan kita atau disebut sebagai stres oksidatif (oxidative stress).

Ia kemudiannya menyebabkan kerosakan pada tisu, protein dan juga DNA. Walaupun stres mungkin memainkan peranan signifikan yang menyebabkan rambut anda menjadi beruban, namun masih terdapat pelbagai sebab lain yang membolehkan ia berlaku. 

5. Pewarna Rambut 

Pewarna rambut dan syampu yang tidak sesuai Kini terdapat banyak produk pewarna rambut dan syampu di pasaran yang tidak menggunakan bahan yang betul dan baik untuk kesihatan rambut. Jika tidak tahu bahan yang digunakan, jangan sesekali mencuba produk itu dan berhati-hati memilih syampu yang sesuai.

6. Diet Tak Seimbang 

Diet yang tidak seimbang juga menjadi punca kepada masalah ini di mana tubuh akan mengalami kekurangan nutrisi yang akan menyebabkan sistem dalam badan tidak dapat berfungsi dengan baik.

7. Junk Food 

Jika anda seorang yang suka mengambil makanan seperti Junk Food, anda harus menghentikan tabiat tersebut, ini kerana pengambilan makanan seperti ini boleh mengganggu penghasilan melanin dalam rambut.

8. Pengering Rambut

Penggunaan hair dryer yang terlalu kerap juga boleh menyebabkan rambut menjadi lemah dan cepat rapuh. Suhu panas dari pengering rambut tersebut akan menyebabkan gangguan kepada penghasilan melanin yang menyebabkan rambut cepat beruban.

9. Kerap Mencuci Rambut 

Terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menjadi penyebab kepada masalah rambut kering. Anda harus memilih syampu yang bersesuaian dengan rambut anda agar masalah rambut kering tidak timbul walau sekerap mana anda mencucinya dan rambut sentiasa lembab dan cantik.

10. Kekurangan Asid Folik 

Kekurangan pengambilan makanan yang mengandungi asid folik bakal mengganggu pertumbuhan rambut dan penyebab kepada masalah uba pra-matang timbul.

Cara Mengatasi Masalah Rambut Beruban

  1. Elakkan tekanan perasaan atau stress yang menjadi faktor kepada penyebab uban pra-matang tumbuh dengan sentiasa berfikiran positif dalam menjadi kehidupan seharian.
  2. Menjaga kebersihan kulit kepala dengan menggunakan syampu yang sesuai untuk rambut agar dan kulit kepala lebih sihat. 
  3. Menggosok kulit kepala dengan limau nipis juga boleh menjadikan rambut kekal bersih, harum dan wangi.
  4. Amalkan pola pemakan yang sihat dan seimbang kerana ia dapat mencegah masalah rambut beruban pra-matang. Ambil sumber makanan seperti beras merah, kuning telur, susu, jantung dan hati ayam, gandum dan kacang hijau untuk menambah vitamin B dalam badan khususnya bagi rambut.
  5. Mengambil makanan yang tinggi dengan asid lemak omega-3 seperti ikan salmon dan kacang walnut.
  6. Kurangkan terdedah daripada cahaya ultraviolet kerana ia boleh merosakkan kulit dan juga rambut anda.