Sosok tokoh ulama' yang akan dibicarakan ini adalah seorang imam besar dari kalangan Ahlu Sunnah Wal Jamaah tidak lain dan tidak bukan adalah Imam Hanafi. Kehebatan Imam Abu Hanifah dalam ilmu fikah tidak boleh diragui. Beliau telah belajar dengan gurunya selama 20 tahun dan telah meriwayatkan hadits daripada 37 orang guru. Seorang yang sangat berhati-hati dan memberatkan hadits dan ahli ibadah.
Ketokohan dan sumbangan beliau dalam bidang ilmu fiqh sangat hebat dan dikagumi sehingga telah mencorakkan dunia pengajian ilmu fikah yang harus kita tekuni dan memanfaatkannya untuk membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.
Bapa Abu Hanifah bernama Tsabit bin Nu'man Al-Marzuban. Al-Marzuban ialah perkataan Parsi yang bermakna ketua kaum. Bapa beliau dilahirkan sesudah Islam berkembang di negara Parsi. Sementara datuk beliau bernama Zutha dikatakan adalah seorang bekas abdi kepada Bani Tamim. Bagaimanapun kenyataan ini tidak disokong oleh sebarang bukti yang sahih.
Terdapat beberapa pendapat mengenai gelaran Hanifah:
Seorang penghafal Al-Quran sejak kecil yang dibesarkan dalam keluarga kaya yang soleh ini telah menimba ilmu dari rastusan para masyaikh yang bermula dalam bidang ilmu teologi dan merupakan orang pertama yang menghafal hukum-hukum Islam dengan cara berguru. Beliau telah berdiskusi dengan golongan mulhid (atheis) dan aliran sesat, kemudian dibimbing oleh Hamad bin Abi Sulaiman bagi mendalami ilmu fiqh.
Semenjak dari kecil beliau dikenali sebagai seorang anak yang sangat patuh kepada ibunya. Bahkan beliau berpendapat bahawa kerana sikap patuhnya kepada ibu bapalah yang menjadi sebab utama beliau berjaya menimba banyak ilmu pengetahuan.
Diriwayatkan bahawa sekalipun ibu beliau tidak dikenali sebagai seorang yang berilmu tinggi, tetapi ibunya sentiasa mengikuti perkembangan ilmu agama. Terdapat banyak riwayat yang menyatakan bahawa sang imam sering membawa ibunya ke majlis-majlis kuliah ilmu atas permintaan ibunya sendiri.
Kota Kufah pada ketika itu adalah sebuah banda yang masyhur di Iraq sebagai sebuah kota pusat perkembangan ilmu. Sang imam telah mengambil peluang ini dengan mengisi masa lapang beliau dengan mempelajari dan mendalami ilmu bahasa dan sastera Arab.
Oleh kerana cintanya terhadap ilmu pengetahuan, beliau mula meneroka bidang ilmu fikah yang dianggapnya sebagai ilmu yang lebih mencabar fikirannya sehinggakan beliau membuat keputusan untuk meninggalkan bidang perniagaan yang diwarisi dari keluarganya untuk mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuan sepenuh masa.
Dikatakan bahawa yang mendorong minatnya terhadap ilmu fikah adalah atas nasihat dan dorongan seorang gurunya yang bernama Al-Sya'ab dan diantara para ulama fikah yang telah menjadi gurunya adalah Umar bin Zar, Atha' bin Abi Rabah, Imam Nafi' bin Umar, Imam Hamad bin Abi Sulaiman Al-Asy'ari dan Muhammad Al-Baqir dan lain-lain lagi.
Pada masa hidupnya, peliau pernah melihat dan belajar dari tujuh orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. iaitu:
Beliau telah berguru dengan Imam Hamad bin Abi Sulaiman selama 20 tahun dan gurunya itulah yang paling dikasihinya. Apabila Imam Hamad meninggal dunia, Imam Abu Hanifah telah menggantikan beliau sebagai guru ilmu fikah dalam majlisnya. Dikatakan beliau tidak pernah lupa mendoakan gurunya itu dalam setiap doa kerana beliau amat kasih terhadap gurunya itu.
Beliau telah meriwayatkan hadits dari Atha' bin Abi Rabah iaitu syeikh yang pertama dan dari Sya'biy dan Amru bin Dinar. Manakala yang meriwayatkan darinya pula adalah Ibrahim bin Thahman salah seorang ulama Khurasan, Ishak Al-Azrak dan Hamzah Al-Zayyat. Dikatakan beliau telah meriwayatkan hadits dari 37 orang gurunya.
Apabila salah seorang gurunya meninggal dunia, Imam Abu Hanifah dilantik untuk menggantikan gurunya. Sehingga akhirnya banyaklah majlis ilmu yang diambil alih oleh sang imam yang menyebabkan nama beliau semakin terkenal sebagai salah seorang ulama dan imam dalam ilmu tauhid dan fikah.
Yazid bin Harun berkata: "Saya tidak melihat seorang pun yang lebih cerdas dari Abu Hanifah."
Imam Malik bin Anas rahimahullah ketika ditanya orang tentang sang imam, beliau berkata: "Aku pernah bertemu beliau, dia seorang lelaki yang bijak. Jikalau kamu berkata tiang ini supaya dijadikan emas, nescaya dapat dia memberikan alasannya oleh kerana kebijakkannya berhujah, rahimahullah solat sepanjang malam, sehingga ada orang berkata Abu Hanifah solat subuh dengan wudhuk isyaknya selama 40 tahun."
Imam Syafie berkata: "Tidak seorang pun mencari ilmu fikah kecuali Abu Hanifah. Dari ucapannya mengikut apa yang datang dari Rasulallah s.a.w., apa yang datang dari sahabat dan apa yang datang dari selain mereka dia memilihnya." Bahkan Imam Syafie juga berkata: "Umat Islam seluruhnya tentang ilmu fikah adalah keluarga dan anak buah Imam Abu Hanifah."
Para ulama' menyifatkan beliau sebagai seorang ulama mujtahid yang dadanya penuh dengan ilmu pengetahuan yang berkembar sekali dengan jiwanya yang bersih dan ikhlas, berani yang tidak mengenal takut untuk menegakkan kebenaran, amanah dan taqwa kepada Allah. Tidak ada padanya sifat bermuka-muka dan jauh dari sifat tamak dan mementingkan diri, keredhaan Allah baginya lebih utama dari keredhaan siapa juga di dunia. Jika rahimahullah bertemu dengan mereka yang hasad dengki dan seringkali memfitnahnya, rahimahullah akan berkata : "Wahai Tuhanku, hidayahkanlah kaumku kerana mereka tidak tahu." Kata-kata ini persis seperti doa yang diucapkan oleh baginda Rasulallah s.a.w ketika menghadapi pengkhianatan dari kaumnya iaitu:
Walaupun sang imam banyak beristighal dengan belajar dan mengajar ilmu pengetahuan, tetapi kerja berdagang itu telah menjadi perkara biasa baginya. Beliau berniaga kain, batu ubin dan lain-lain lagi. Membuat batu ubin di zaman itu adalah perkara baru yang ramai orang belum mengetahuinya, oleh kerana itulah para ahli tarikh mengatakan bangunan-bangunan dan kubu-kubu kerajaan di Baghdad, banyak menggunakan batu-batu ubin yang dihasilkan oleh perniagaannya.
Beliau kemudiannya ditangkap sekali lagi oleh Yazid dan dikenakan hukuman sebat 10 kali setiap hari selama 110 hari atas alasan kerana mendampingi golongan Alawiyin yang memusuhi Khalifah Bani Umaiyyah. Kemudian setelah dibebaskan dari penjara, Imam Abu Hanifah memutuskan untuk pindah ke Makkah dan tinggal di suatu tempat yang tidak jauh dari Ka'bah selama lebih enam tahun di sana.
Kemudian pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyyah, Khalifah Abu Ja'far telah menawarkan jawatan Hakim atau Qadi kepadanya, tetapi tawaran tersebut tetap juga ditolak oleh sang imam yang akhirnya menyebabkan beliau ditangkap dan dihumban kedalam penjara. Setelah puas sang Khalifah memujuk dengan berbagai cara tetapi beliau tetap juga menolak tawaran tersebut sekalipun beliau diazab dan dipenjarakan sekian lama.
Setelah sekian lama hidup terseksa di dalam penjara, sang Khalifah memanggilnya bertemu dan menawarkan jawatan tersebut sekali lagi, namun sang imam tetap juga menolaknya lalu berkata: "Saya tidak layak dan tidak sesuai menjawat jawatan Qadi."
Hal ini menyebabkan Khalifah marah lalu berkata: "Kamu berdusta."
Lalu dijawap oleh Imam Abu Hanifah: "Amirul Mukminin telah menghukumkan saya berdusta. Maka seorang yang berdusta tentu tidak layak memegang jawatan Qadi. Jika saya benar, sesungguhnya saya telah memberitahu Amirul Mukminin bahawa saya tidak layak memegang jawatan itu." Jawapan sang imam itu telah menyebabkan sang khalifah bungkam tidak dapat menjawap balas, dan beliau terus ditahan dan dipenjarakan.
Dalam masa yang sama, ibu sang imam telah disuruh oleh sang Khalifah supaya menziarahi Imam Abu Hanifah untuk memujuknya agar menerima jawatan yang ditawarkan oleh Khalifah tetapi beliau tetap menolaknya lalu berkata: "Wahai ibuku! Jika saya inginkan kemewahan hidup di dunia tentulah saya tidak dipenjarakan dan disebat. Tetapi saya mengharapkan keredhaan Allah semata dan berazam akan memelihara maruah ilmu saya itu dan tidak akan membiarkannya tercemar ke lembah yang dimurkai oleh Allah!."
Menurut satu riwayat, setelah imam Abu Hanifah mengetahui bahawa ajalnya hampir tiba, beliau telah terus menerus mengerjakan solat hingga akhirnya beliau wafat dengan izin dan kehendak Allah dalam keadaan sedang bersujud dengan khusyuk. Pada tahun kewafatannya itulah lahirnya Imam Syafie di Gaza Palestin pada tahun 150 Hijrah.
Ketokohan dan sumbangan beliau dalam bidang ilmu fiqh sangat hebat dan dikagumi sehingga telah mencorakkan dunia pengajian ilmu fikah yang harus kita tekuni dan memanfaatkannya untuk membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.
Nama dan Keturunan Kelahirannya
Imam Abu Hanifah atau nama lengkap beserta laqab dan kunyahnya iaitulah Abu Hanifah Nu'man bin Tsabit bin Zutha bin Marzuban Al-Farisy (أبو حنيفة نعمان بن ثابت بن زوطا بن مرزبان الفرسي) yang mendapat gelaran Al-Imam Al-A'zham (الإمام الأعظم في الفقه) iaitu Imam Besar dalam bidang Fiqhul Islam dan terkenal dengan sebutan Imam Ahli Ra'yi (Imam Ahli Mantiq). Beliau lahir pada 80 Hijrah bersamaan 699 Masihi di sebuah kampung bernama Anbar dekat Kufah Iraq pada zaman pemerintahan Khalifah Bani Umayyah Abdul Malik bin Marwan dan meninggal pada 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi pada zaman pemerintahan Khalifah Bani Abbasiyyah Abu Ja'far Al-Mansur, adalah salah seorang dari Empat Imam Besar pemilik Mazhab Hanafi.Bapa Abu Hanifah bernama Tsabit bin Nu'man Al-Marzuban. Al-Marzuban ialah perkataan Parsi yang bermakna ketua kaum. Bapa beliau dilahirkan sesudah Islam berkembang di negara Parsi. Sementara datuk beliau bernama Zutha dikatakan adalah seorang bekas abdi kepada Bani Tamim. Bagaimanapun kenyataan ini tidak disokong oleh sebarang bukti yang sahih.
Terdapat beberapa pendapat mengenai gelaran Hanifah:
- Kerana mempunyai seorang anak bernama Hanifah. Ini bersesuaian dengan kaedah kunyah dalam bahasa Arab maka beliau dipanggil sebagai Abu Hanifah.
- Hanifah dalam bahasa Parsi bermakna tinta atau dakwat. Dikatakan beliau sentiasa membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi untuk mencatat ilmu yang dicari. Ini kerana orang yang banyak menulis di kalangan penduduk Iraq diberikan panggilan sebagai Hanifah.
- Hanifah juga bermaksud cenderung agama. Kerana "hanaf" membawa maksud suci, kecenderungan kepada tauhid yang sebenar.
Masa Kecil dan Pendidikannya
Imam Abu Hanifah dilahirkan di kota Kufah di Iraq, semasa pemerintahan khalifah Bani Umayyad Abdul Malik bin Marwan. Bapanya, Thabit bin Zutha, seorang peniaga dari Kabul Afghanistan, berusia 40 tahun pada masa kelahiran sang imam. Berbangsa Parsi dari keturunan terhormat.Seorang penghafal Al-Quran sejak kecil yang dibesarkan dalam keluarga kaya yang soleh ini telah menimba ilmu dari rastusan para masyaikh yang bermula dalam bidang ilmu teologi dan merupakan orang pertama yang menghafal hukum-hukum Islam dengan cara berguru. Beliau telah berdiskusi dengan golongan mulhid (atheis) dan aliran sesat, kemudian dibimbing oleh Hamad bin Abi Sulaiman bagi mendalami ilmu fiqh.
Semenjak dari kecil beliau dikenali sebagai seorang anak yang sangat patuh kepada ibunya. Bahkan beliau berpendapat bahawa kerana sikap patuhnya kepada ibu bapalah yang menjadi sebab utama beliau berjaya menimba banyak ilmu pengetahuan.
Diriwayatkan bahawa sekalipun ibu beliau tidak dikenali sebagai seorang yang berilmu tinggi, tetapi ibunya sentiasa mengikuti perkembangan ilmu agama. Terdapat banyak riwayat yang menyatakan bahawa sang imam sering membawa ibunya ke majlis-majlis kuliah ilmu atas permintaan ibunya sendiri.
Kota Kufah pada ketika itu adalah sebuah banda yang masyhur di Iraq sebagai sebuah kota pusat perkembangan ilmu. Sang imam telah mengambil peluang ini dengan mengisi masa lapang beliau dengan mempelajari dan mendalami ilmu bahasa dan sastera Arab.
Oleh kerana cintanya terhadap ilmu pengetahuan, beliau mula meneroka bidang ilmu fikah yang dianggapnya sebagai ilmu yang lebih mencabar fikirannya sehinggakan beliau membuat keputusan untuk meninggalkan bidang perniagaan yang diwarisi dari keluarganya untuk mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuan sepenuh masa.
Dikatakan bahawa yang mendorong minatnya terhadap ilmu fikah adalah atas nasihat dan dorongan seorang gurunya yang bernama Al-Sya'ab dan diantara para ulama fikah yang telah menjadi gurunya adalah Umar bin Zar, Atha' bin Abi Rabah, Imam Nafi' bin Umar, Imam Hamad bin Abi Sulaiman Al-Asy'ari dan Muhammad Al-Baqir dan lain-lain lagi.
Pada masa hidupnya, peliau pernah melihat dan belajar dari tujuh orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. iaitu:
- Anas bin Malik
- Abdullah bin Al-Zubair
- Abdullah bin Abi Aufa
- Sahal bin Abi Saad
- Abdullah bin Al-Harith
- Abdullah bin Anas
- Amru bin Baris
Beliau telah berguru dengan Imam Hamad bin Abi Sulaiman selama 20 tahun dan gurunya itulah yang paling dikasihinya. Apabila Imam Hamad meninggal dunia, Imam Abu Hanifah telah menggantikan beliau sebagai guru ilmu fikah dalam majlisnya. Dikatakan beliau tidak pernah lupa mendoakan gurunya itu dalam setiap doa kerana beliau amat kasih terhadap gurunya itu.
Beliau telah meriwayatkan hadits dari Atha' bin Abi Rabah iaitu syeikh yang pertama dan dari Sya'biy dan Amru bin Dinar. Manakala yang meriwayatkan darinya pula adalah Ibrahim bin Thahman salah seorang ulama Khurasan, Ishak Al-Azrak dan Hamzah Al-Zayyat. Dikatakan beliau telah meriwayatkan hadits dari 37 orang gurunya.
Apabila salah seorang gurunya meninggal dunia, Imam Abu Hanifah dilantik untuk menggantikan gurunya. Sehingga akhirnya banyaklah majlis ilmu yang diambil alih oleh sang imam yang menyebabkan nama beliau semakin terkenal sebagai salah seorang ulama dan imam dalam ilmu tauhid dan fikah.
Perwatakan dan Keperibadian.
Seorang yang berparas tampan, bersikap pendiam dan santun, mempunyai ucapan yang fasih, berwibawa, cerdas, selalu berfikir, hujah yang kuat, terhormat dan kata-katanya bagaikan mutiara.Yazid bin Harun berkata: "Saya tidak melihat seorang pun yang lebih cerdas dari Abu Hanifah."
Imam Malik bin Anas rahimahullah ketika ditanya orang tentang sang imam, beliau berkata: "Aku pernah bertemu beliau, dia seorang lelaki yang bijak. Jikalau kamu berkata tiang ini supaya dijadikan emas, nescaya dapat dia memberikan alasannya oleh kerana kebijakkannya berhujah, rahimahullah solat sepanjang malam, sehingga ada orang berkata Abu Hanifah solat subuh dengan wudhuk isyaknya selama 40 tahun."
Imam Syafie berkata: "Tidak seorang pun mencari ilmu fikah kecuali Abu Hanifah. Dari ucapannya mengikut apa yang datang dari Rasulallah s.a.w., apa yang datang dari sahabat dan apa yang datang dari selain mereka dia memilihnya." Bahkan Imam Syafie juga berkata: "Umat Islam seluruhnya tentang ilmu fikah adalah keluarga dan anak buah Imam Abu Hanifah."
Para ulama' menyifatkan beliau sebagai seorang ulama mujtahid yang dadanya penuh dengan ilmu pengetahuan yang berkembar sekali dengan jiwanya yang bersih dan ikhlas, berani yang tidak mengenal takut untuk menegakkan kebenaran, amanah dan taqwa kepada Allah. Tidak ada padanya sifat bermuka-muka dan jauh dari sifat tamak dan mementingkan diri, keredhaan Allah baginya lebih utama dari keredhaan siapa juga di dunia. Jika rahimahullah bertemu dengan mereka yang hasad dengki dan seringkali memfitnahnya, rahimahullah akan berkata : "Wahai Tuhanku, hidayahkanlah kaumku kerana mereka tidak tahu." Kata-kata ini persis seperti doa yang diucapkan oleh baginda Rasulallah s.a.w ketika menghadapi pengkhianatan dari kaumnya iaitu:
ربِّ اغفر قومي فإنَّهم لا يعلمونَ
Penghidupan dan Pekerjaannya.
Ayah dan datuknya adalah dari golongan saudagar, maka tak hairanlah jika sang imam sendiri adalah seorang saudagar yang menghantar barang dagangannya ke Baghdad untuk diniagakan dan sekembalinya dia membeli apa-apa keperluan untuk para guru fiqh dan haditsnya tanpa imbalan sedikit pun sambil berkata : "ini adalah rezeki dari Allah untuk tuan-tuan melalui tanganku." Oleh kerana penglibatan sang imam dalam dunia perniagaan yang cukup luas, maka tidak hairanlah jika salah satu pendapatnya yang terkenal bahkan digunapakai oleh mazhab-mazhab lain adalah diperbolehkannya mengeluarkan zakat fitrah dalam bentuk wang tunai.Walaupun sang imam banyak beristighal dengan belajar dan mengajar ilmu pengetahuan, tetapi kerja berdagang itu telah menjadi perkara biasa baginya. Beliau berniaga kain, batu ubin dan lain-lain lagi. Membuat batu ubin di zaman itu adalah perkara baru yang ramai orang belum mengetahuinya, oleh kerana itulah para ahli tarikh mengatakan bangunan-bangunan dan kubu-kubu kerajaan di Baghdad, banyak menggunakan batu-batu ubin yang dihasilkan oleh perniagaannya.
Menjadi Mangsa Politik Dua Pemerintahan
Imam Abu Hanifah hidup sehingga zaman terakhir kerajaan Bani Umayyah dan di awal pemerintahaan kerajaan Bani Abbasiyyah. Semasa Yazid bin Umar bin Hurairah dilantik menjadi gabenor Iraq, beliau telah mengundang Abu Hanifah untuk menjawat jawatan sebagai hakim kerajaan (Qadi) di kota Kufah. Tetapi beliau menolak permintaan tersebut kerana tidak bersetuju dengan tindak tanduk pemerintahan ketika itu. Setelah beberapa kali menolak tawaran tersebut, Yazid telah menjatuhkan hukuman penjara keatasnya dan beliau juga dikenakan hukuman sebat. Beliau tetap menolak tawaran tersebut walaupun telah ditahan selama dua minggu. Beliau tetap tegas dengan keputusannya sekalipun menerima hukuman sebat sebanyak 14 kali dan kemudian beliau pun dibebaskan.Beliau kemudiannya ditangkap sekali lagi oleh Yazid dan dikenakan hukuman sebat 10 kali setiap hari selama 110 hari atas alasan kerana mendampingi golongan Alawiyin yang memusuhi Khalifah Bani Umaiyyah. Kemudian setelah dibebaskan dari penjara, Imam Abu Hanifah memutuskan untuk pindah ke Makkah dan tinggal di suatu tempat yang tidak jauh dari Ka'bah selama lebih enam tahun di sana.
Kemudian pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyyah, Khalifah Abu Ja'far telah menawarkan jawatan Hakim atau Qadi kepadanya, tetapi tawaran tersebut tetap juga ditolak oleh sang imam yang akhirnya menyebabkan beliau ditangkap dan dihumban kedalam penjara. Setelah puas sang Khalifah memujuk dengan berbagai cara tetapi beliau tetap juga menolak tawaran tersebut sekalipun beliau diazab dan dipenjarakan sekian lama.
Setelah sekian lama hidup terseksa di dalam penjara, sang Khalifah memanggilnya bertemu dan menawarkan jawatan tersebut sekali lagi, namun sang imam tetap juga menolaknya lalu berkata: "Saya tidak layak dan tidak sesuai menjawat jawatan Qadi."
Hal ini menyebabkan Khalifah marah lalu berkata: "Kamu berdusta."
Lalu dijawap oleh Imam Abu Hanifah: "Amirul Mukminin telah menghukumkan saya berdusta. Maka seorang yang berdusta tentu tidak layak memegang jawatan Qadi. Jika saya benar, sesungguhnya saya telah memberitahu Amirul Mukminin bahawa saya tidak layak memegang jawatan itu." Jawapan sang imam itu telah menyebabkan sang khalifah bungkam tidak dapat menjawap balas, dan beliau terus ditahan dan dipenjarakan.
Dalam masa yang sama, ibu sang imam telah disuruh oleh sang Khalifah supaya menziarahi Imam Abu Hanifah untuk memujuknya agar menerima jawatan yang ditawarkan oleh Khalifah tetapi beliau tetap menolaknya lalu berkata: "Wahai ibuku! Jika saya inginkan kemewahan hidup di dunia tentulah saya tidak dipenjarakan dan disebat. Tetapi saya mengharapkan keredhaan Allah semata dan berazam akan memelihara maruah ilmu saya itu dan tidak akan membiarkannya tercemar ke lembah yang dimurkai oleh Allah!."
Kewafatannya
Dalam satu riwayat menyatakan, sesudah sekian lama beliau hidup menderita terpenjara dan dihukum seksa, sang Imam telah diberikan segelas minuman, dan selepas itu beliau merasa sakit dan beberapa jam kemudian, beliau pun kembali ke rahmatullah.Menurut satu riwayat, setelah imam Abu Hanifah mengetahui bahawa ajalnya hampir tiba, beliau telah terus menerus mengerjakan solat hingga akhirnya beliau wafat dengan izin dan kehendak Allah dalam keadaan sedang bersujud dengan khusyuk. Pada tahun kewafatannya itulah lahirnya Imam Syafie di Gaza Palestin pada tahun 150 Hijrah.
Karya-Karyanya
Para muridnya telah mengumpulkan segala ilmu pengetahuan yang telah diajarkan oleh sang Imam. Ilmu-ilmu tersebut telah dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti:- Fiqhul Akbar
- Al-Alim Wal-Muta’allim
- Masnad Fikah Akbar
- Masail An-Nawadir
- Masail Usul
- Fatwa Al-Waqiah
- Al-Kisanayat
Wallahu'alam.
0 Comments