Ringkasan Sejarah Adzan Dan Hukum Melagukannya


Pada masa-masa awal hijrah, disyariatkanlah adzan, yakni seruan agung yang bergema di seluruh penjuru alam lima kali dalam sehari. Adzan menegaskan bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. Adzan meluluhkan semua kesombongan di alam dan setiap agama di dunia. Yang tersisa tinggal kebesaran Allah dan agama yang dibawa oleh hambaNya, Muhammad Rasulallah1.

Firman Allah s.w.t :
وَأَذَانٌ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى النَّاسِ
Dan inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepada umat manusia. ~ (Q.S. At-Taubah : 9/3)

Adzan adalah pemberitahuan masuknya waktu shalat dengan lafaz yang khusus dan cara yang khusus. Pensyariatan adzan telah ditetapkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah sebagaimana firman Allah s.w.t:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ [٦٢:٩]
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). ~ (Q.S. al-Jumu'ah: 62:9)

Adapun penjelasan dari sunnah adalah, hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim, dari Nabi s.a.w telah bersabda:

Apabila telah datang waktu shalat, maka hendaklah salah seorang di antara kamu mengumandangkan adzan.

Keutamaannya

Menurut pendapat yang sahih daripada ulama’ Syafi’e dan Hanbali, azan beserta iqamah adalah lebih baik daripada menjadi imam. Ini disebabkan Allah SWT berfirman:
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّـهِ وَعَمِلَ صَالِحًا
Maksudnya: “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh…” ~(Surah al-Fussilat: 33)

Mengenai keutamaan adzan dan para muadzin terdapat banyak sekali hadits-hadits yang diterima berkenaannya, di antara salah satunya adalah seperti berikut:

Dari Mu'awiyah:
أنَّ النبىَّ صلى اللهُ عليهِ وسلم قال: إنَّ المؤذِنينَ أطْولُ الناسِ أعناقا يومَ القيامةِ
"Bahwa Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya para muadzin adalah orang-orang yang paling panjang lehernya di hari kiamat." ~ (H.R. Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Sejarah Permulaan Adzan

Al-Adzan ( الأذان ) secara etimologi bermakna pemberitahuan atau seruan, dan secara terminologi menurut syarak pula ialah bermakna seruan atau pemberitahuan tentang masuknya waktu shalat atau waktu sudah menghampiri waktu fajar menggunakan zikir khusus (lafaz tertentu yang dijelaskan oleh sunnah2). Adzan disyariatkan di Madinah pada tahun pertama hijrah3.

Adzan mulai disyariatkan pada tahun pertama Hijriyah. Orang yang mendapatkan kemuliaan memimpikan adzan adalah seorang sahabat pilihan, Abdullah bin Zaid bin Abdul Rabbih5, lalu dikuatkan oleh Nabi s.a.w. Mimpi Abdullah serupa dengan mimpi Umar Al-Khattab, yang juga dibenarkan oleh Nabi s.a.w. Kisah tentang pensyariatan adzan ini sangat terkenal, seperti yang diriwayatkan Tirmidhi, Abu Dawud, Ahmad dan Ibn Khuzaymah6 serta di dalam kitab-kitab sejarah.

Ia merupakan salah satu syi'ar Islam yang nampak di masyarakat dan dengan adzan maka tercapailah seruan untuk berjamaah dan tergolong kepada dakwah yang sempurna kerana lafaznya terdiri dari takbir, tauhid yang mencakupi akidah iman dan mengandungi kedua jenisnya, iaitu 'aqliyat dan sam'iyat dan dakwah menuju jalan kebahagiaan dan kesenangan dengan mengumandangkan syi'ar Islam.

Sebab Disyariatkannya

Awalnya ketika Rasulullah SAW mengumpulkan para sahabat untuk bermusyawarah tentang bagaimana cara memaklumkan masuknya waktu shalat serta mengajak orang ramai agar berkumpul di masjid untuk melakukan shalat berjamaah.

Di dalam musyawarah tersebut, beberapa sahabat ada yang mengusulkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu shalat telah masuk. Sebahagian lain ada yang mengusulkan supaya ditiupkan terompet seperti yang biasa dilakukan oleh orang Yahudi. Lalu ada juga yang mengusulkan supaya dibunyikan lonceng seperti yang biasa dilakukan oleh orang Nasrani. Selain itu, sebahagian sahabat ada juga yang menyarankan agar dinyalakan api sebagaimana tradisi kaum mujusi.

Dari Nafi' bahawa Ibnu Umar r.a, mengatakan seperti berikut:
حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلاَنَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ ، قَالَ : أَخْبَرَنِي نَافِعٌ ، أَنَّ ابْنَ عُمَرَ ، كَانَ يَقُولُ : كَانَ المُسْلِمُونَ حِينَ قَدِمُوا المَدِينَةَ يَجْتَمِعُونَ فَيَتَحَيَّنُونَ الصَّلاَةَ لَيْسَ يُنَادَى لَهَا ، فَتَكَلَّمُوا يَوْمًا فِي ذَلِكَ ، فَقَالَ بَعْضُهُمْ : اتَّخِذُوا نَاقُوسًا مِثْلَ نَاقُوسِ النَّصَارَى ، وَقَالَ بَعْضُهُمْ : بَلْ بُوقًا مِثْلَ قَرْنِ اليَهُودِ ، فَقَالَ عُمَرُ : أَوَلاَ تَبْعَثُونَ رَجُلًا يُنَادِي بِالصَّلاَةِ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا بِلاَلُ قُمْ فَنَادِ بِالصَّلاَةِ
"Dulu kaum Muslimin berkumpul dan mengira-ngirakan waktu shalat dan tak ada org yang menyerukannya. Maka pada suatu hari mereka bicarakanlah hal itu. Di antaranya ada yang mengatakan: "Pergunakanlah loceng seperti loceng orang-orang Nasrani!."Ada pula yang menganjurkan: "Lebih baik tanduk seperti terompet orang Yahudi!" Maka berkatalah Umar: "Kenapa tidak disuruh saja seseorang buat menyerukan shalat?" Maka bersabdalah Rasulallah s.a.w "Hai Bilal, Bangkitlah!" Lalu diserukannya adzan." ~ (HR. Ahmad dan Bukhari)

Mimpi Sahabat yang Menjadi Syariat

Lafaz adzan yang sekarang sering kita dengar ternyata bermula dari mimpi salah seorang sahabat Nabi s.a.w. Ketika jumlah umat Islam telah ramai, mereka bermusyawarah tentang bagaimana caranya orang muslim mengetahui telah masuk waktu shalat dan pada ketika kaum muslimin masih belum dapat menentukan cara bagaimana panggilan atau pengishtiharan yang tepat untuk mengumumkan masuknya waktu shalat, salah seorang sahabat, Abdullah bin Zaid telah bermimpi dan mendapat petunjuk cara bagaimana panggilan seruan yang tepat bagi umat Islam.

Dalam sebuah riwayat Abdullah bin Zaid menceritakan bahwa:
“Ketika Rasulullah s.a.w menyuruh supaya lonceng digunakan untuk mengumpulkan orang ramai menuju tempat shalat, maka dalam tidurku aku (Abdulah bin Zaid) bermimpi bersua dengan seorang lelaki yang mengelilingiku. Dia membawa sebuah lonceng ditangannya. Maka aku berkata: "Hai hamba Allah, apakah engkau bersedia menjual loncengmu itu?” Lelaki itu berkata: "Apakah yang hendak engkau kerjakan dengan loceng ini?" Aku menjawab: "Kami ingin menggunakannya untuk menyeru kepada shalat." Lelaki itu berkata: "Mahukah engkau jika aku tunjukkan kepada sesuatu yang lebih baik daripada itu?" Aku menjawabnya: "Tentu." Dia berkata : "Engkau ucapkan:
الله أكبرُ، الله اكبر، الله أكبر، الله أكبر، أشهد أن لآ إله إلا اللهُ، أشهد أن لآ إله إلا اللهُ، أشهد أن محمدا الرسول اللهُ، حيّ على الصلاةِ، حيّ على الصلاةِ، حيّ على الفلاحِ، حيّ على الفلاحِ، الله اكبر، الله أكبر، لآ إله إلا اللهُ.
Kemudian dia mundur dariku sedikit lalu berkata: "Engkau ucapkan apabila hendak mendirikan shalat:
الله أكبر، الله أكبر، أشهد أن لآ إله إلا اللهُ، أشهد أن لآ إله إلا اللهُ، أشهد أن محمدا الرسول اللهُ، حيّ على الصلاةِ، حيّ على الفلاحِ، الله اكبر، الله أكبر، لآ إله إلا اللهُ.
Pada keesokan harinya, aku datang mengadap Rasulullah s.a.w, lalu aku menceritakan kepadanya apa yang telah kumimpikan tadi malam. Mendengar itu baginda bersabda: "Sesungguhnya mimpimu itu benar-benar mimpi yang hak. Sekarang bangkitlah kamu bersama Bilal dan ajarkan dahulu apa yang telah kamu ketahui itu kepadanya, kemudian suruhlah dia mengumandangkannya, kerana suaranya lebih keras daripada suara kamu." Maka aku bangkit bersama Bilal dan aku mengajarkan kepadanya lafaz adzan itu. Setelah itu, dia menyerukannya (kepada orang ramai). Abdullah ibnu Zaid melanjutkan kisahnya: "Lalu lafaz itu kemudian didengar oleh Umar ibn Al-Khatthab r.a. Ketika itu dia berada di dalam rumahnya, lalu dia segera keluar seraya mengheret selendangnya dan berkata : "Demi tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, wahai Rasulallah, sesungguhnya aku pun telah memimpikan hal yang sama." Maka Rasulallah s.a.w bersabda: "Hanya milik Allah segala pujian itu."

Imam Ahmad menambahkan di akhir hadits Abdullah ibn Zaid ini yang dikaitkan dengan dengan riwayat Bilal mengenai kisah perkataan Bilal dalam adzan shalat Subuh : " الصلاة خير من النوم ". Ini berlandaskan kepada hadits At-Tirmidzi melalui Bilal r.a yang menceritakan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda :

"Jangan sekali-kali kamu mengucapkan tatswib (الصلاة خير من النوم) dalam mana-mana shalat kecuali hanya dalam shalat fajar (Subuh)." ~ Namun hadits ini dikategorikan sebagai dha'id dan munqhathi'.

Makna " الصلاة خير من النوم " adalah "kenikmatan shalat itu lebih baik daripada kenikmatan tidur" menurut ulama sufi7.


Hukum Adzan

Berlaku perbezaan pendapat di kalangan para fuqaha mengenai hukum adzan, di antaranya seperti berikut:
  1. Imam Asy-Syafi'i dan Abu Hanifah berpendapat hukum adzan adalah sunat muakkad kepada persendirian dan jamaah, sama ada ketika bermukim atau ketika bermusafir. Adapun menurut yang lainnya di kalangan Syafi'iyyah, adzan adalah sunat waktu, bukan sunat shalat.
  2. Imam Malik berpendapat hukum adzan adalah sunat muakkad atau sunat kifayah kepada jemaah sahaja8 yakni bagi mereka yanghendak mengerjakan shalat secara berjamaah supaya mereka bersegera untuk berhimpun di masjid dan beliau mengatakan wajib kifayah mengumandangkan adzan bagi orang yang berada di bandar.
  3. Hanabilah berpendapat, bahawa adzan hukumnya fardhu kifayah, dan selainnya berpendapat, bahawa adzan adalah sunat muakkad dan cukup satu orang untuk satu kaum9.

Hukum Melagukan Adzan

Dalam suatu hadits menurut riwayat yang dikemukakan oleh Abu Dawud melalui Muhammad ibn Abdullah ibn Zaid ibn Abdul Rabbih, Rasulallah mengatakan kepada Abdullah ibn Zaid:
فإنه أندى صوتا منكَ
"kerana suaranya lebih baik dan lantang daripada suaramu"

kalimah (أندى) memiliki beberapa makna, antaranya:

dalam Mu'jam al-Arabiy:
  1. أندى يندي أند إنداء [ندو]:- فلان: كثرعطاؤه - حسن صوته
  2. الأندى [ندي]: الأحسن صوتا
dalam Mu'jam al-Mu'ashirah:
  1. أندى فلان:
    1. كثر عطاؤه وفضله 
    2. حسن صوته
Jelas disini makna kalimah (أندى) bermaksud kuat, indah, nyaring, lantang, merdu, baik dan elok, oleh kerana itu para ulama telah mengeluarkan fiqh hadits darinya, antaranya:
  • Syeikh Alawi Abbas al-Maliki dalam Ibanah al-Ahkam menyatakan fiqh hadits tersebut bahawa juru adzan disunatkan mempunyai suara yang kuat dan merdu. 
  • Manakala Syed Sabiq dalam Fiqh al-Sunnah menyatakan disunatkan juru adzan seorang yang bersuara lantang dan baik dengan berdasarkan sebuah lagi hadits dari Abu Mahdzurah: "Bahwa Nabi s.a.w mengagumi suaranya, maka diajarkannyalah kepadanya adzan." (HR Ibnu Khuzaimah).
Daripada Abu Mahdzurah r.a :
عن أبي محذورة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم علمه الآذان، فذكر فيه الترجيع، أخرجه مسلم.
"bahawa Nabi s.a.w pernah mengajarkan kepadanya adzan, lalu baginda menyebutkan tarji' (pengulangan) di dalam adzan itu. ~ (H.R Muslim)

Syeikh Alawi Abbas al-Maliki menyatakan kisahnya di dalam kitab beliau iaitu Ibanah al-Ahkam berkenaan keberuntungan Abu Mahdzurah yang menjadi pilihan Rasulallah s.a.w untuk mengumandangkan adzan kerana dia memiliki suara yang merdu dan menjadi juru adzan selain Bilal.

Kisahnya adalah seperti berikut:
Sesudah pembukaan kota Mekah, Abu Mahdzurah keluar menuju Hunain bersama sembilan orang penduduk Mekah. Ketika mereka mendengar suara adzan (Bilal), mereka turut mengumandangkan adzan dengan tujuan mempersendakan orang mukmin. Mendengar itu, Nabi s.a.w bersabda: "Aku telah mendengar di kalangan mereka suara adzan seseorang yang mempunyai suara merdu. Suruhlah mereka datang mengadapku dan suruh mereka adzan seorang demi seorang." Aku adalah orang yang paling akhir mendapat giliran di antara mereka. Ketika aku tiba (di hadapan Rasulallah s.a.w), baginda bersabda: "Kemarilah!" Baginda mempelawaku duduk di hadapannya. Baginda mengusap kepalaku dan mendoakan diriku supaya memperoleh keberkatan sebanyak tiga kali, kemudian bersabda: "Pergilah dan jadilah engkau juru adzan di Masjid al-Haram." Aku pun berkata: "Wahai Rasulallah, kalau begitu, ajarkan adzan kepadaku," Baginda mengajarkan adzan kepadanya.

Berhubungan dengan hadits tersebut, maka Syeikh Alawi Abbas al-Maliki menyatakan fiqh hadis tersebut bahawa disyariatkan memilih orang yang bersuara merdu untuk menjadi juru adzan, kerana adzan yang dikumandangkan dengan suara yang merdu lebih berkesan di dalam hati.

Walaubagaimanapun para ulama telah berselisih pendapat mengenai hukum melagukan adzan, di antara pendapat mereka adalah seperti berikut:
  1. Syafi'iyyah : Yang dimaksudkan dengan melagukan adalah berpindah dari satu irama kepada irama yang lain. Sedangkan yang sunnah dalam adzan adalah mengumandangkannya dalam satu irama.
  2. Hanabilah : Yang dimaksud melagukan adalah melenggak-lenggokkannya. Hukumnya adalah makruh.
  3. Hanafiyyah : Melagukan azdan adalah baik, kecuali jika dapat menyebabkan terjadinya perubahan kalimat dan perubahan makna. Jika demikian, hukumnya menjadi haram dan tidak boleh didengarkan.
  4. Malikiyyah : Hukum melagukan adzan adalah makruh, kerana dapat mengurangi kekhusyukan. Tapi jika bernilai keji sesuai ukuran tradisi, maka hukumnya menjadi haram.

Wallahu'alam..

Notakaki dan Rujukan:
  1. Ar-Rahiq Al-Makhtum
  2. Ibanah Al-Ahkam - Jilid Pertama
  3. Irsyad Al-Qari' - Jilid Pertama
  4. Al-Fiqhu Al-Wadhih - Jilid Pertama 
  5. Ia bukan Abdullah bin Zaid perawi hadits shalat al-Istisqa', kedua-duanya berasal dari Ansar kecuali Ibnu Abdu Rabbah dari Usie, dan yang lain dari mazani dan madani. An-Nawawi menyebutnya di kitab Majmu' jilid I, hal. 443, juga di dalam kitab Tahzib al-Asma'.
  6. Ar-Rahiq Al-Makhtum 
  7. Ibanah Al-Ahkam - Jilid Pertama 
  8. Al-Fiqhu Al-Wadhih - Jilid Pertama
  9. al-Shalah 'ala al-Madzahib al-Arba'ah
  10. Tafsir al-Quran Pimpinan Ar-Rahman


Post a Comment

1 Comments

  1. Syekh Ibnu Utsaimin rahimahullah berkata: “Kata “Al-Mulhin” adalah mendengkannya yakni (mengumandangkan) adzan dengan cara mendendangkan. Lafadz-lafaznya bagaiakan mengarah kelagu (nyanyian), (hal ini) diterima akan tetapi makruh (hukumnya). Sementara lafadz “Al-Malhun” adalah seseorang yang terkena “Al-Lahn” yaitu menyalahi kaidah bahasa arab. Akan tetapi lahn terbagi menjadi dua bagian. Bagian (pertama) tidak sah adzannya yaitu yang merubah arti. Dan bagian (kedua) sah adzannya akan tetapi makruh yaitu yang tidak (sampaii) merubah arti. Kalau sekiranya muadzin (mengumandangkan) : " الله أكبار " tidak sah, karena merubah arti. Karena kata " أكبار " jama’ dari kata كَبَر, seperti kata "أسباب “ jama’ dari kata “سبب “ yang artinya adalah الطبل (gendang). “As-Syarkhul Mumti’” (2/62,63).

    https://islamqa.info/id/answers/10523/melagukan-dan-memanjangkan-adzan

    ReplyDelete