Al Farahidi (718 – 791 M), seorang pakar Bahasa Arab dan penyusun Kitāb al-`Ayn yang merupakan kamus bahasa arab terulung mengatakan: "manusia yang paling sempurna akal dan fikirannya adalah apabila telah mencapai usia 40 tahun. Itu adalah usia, di mana pada usia tersebut Allah Ta'ala mengutus Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam, dan fikiran manusia akan sangat jernih pada waktu sahur." (Lihat: al-Wafyat A'yan, Ibnu Khalkan: 2/245).
Firman Allah s.w.t :
حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". ~ (Q.S. Al-Ahqaaf 46:15)
- Berbakti kepada kedua ibu-bapa (ada ayat lain dalam surah al-Isra’ dan Luqman) kerana jika dia sudah 40 tahun pasti ibu-bapanya sudah melepasi umur 60 tahun, kerana pada ketika ibu-bapanya melepasi umur tersebut pasti mereka memerlukan banyak bantuan dan pertolongan.
- Mensyukuri nikmat iaitu dengan melakukan amal soleh yang diredhaiNya (menjadikan semua nikmat yang Allah berikan kepada kita sebagai peringatan dan dorongan untuk beramal soleh).
- Bertaubat dan berserah diri, maksudnya tidak mahu lagi buat maksiat dan menyedari kita adalah hak Allah dan akan kembali kepadaNya. Maknanya apabila sudah mencapai umur 40 tahun sudah tidak mahu melakukan dosa kerana seseorang itu sudah capai puncak umur keIslamannya dan berjaya mendidik putera dan puterinya.
Doa Yang Dibaca Setelah Mencecah Umur 40 Tahun
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ
"Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran" ~ (Q.S. Al-Fathir: 35:37)
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.
Memperbaharui Taubat
Usia 40 tahun haruslah menjadi titik tolak dan perbaharuan taubat penyesalan seseorang atas dosa-dosa dan kufur nikmat selama hidupnya. Kerana pada usia ini benar-benar telah merasakan banyaknya nikmat dan tidak sebandingnya rasa syukur terhadapnya. Maka pengakuan dosa pasti akan mengalir dari orang yang mahu merenungkan masa lampaunya, sehingga dari itu lahir penyesalan, tumbuh istighfar dan taubat kepada Allah.
Oleh itu sesiapa umurnya telah sampai 40 tahun dan ke atas maka persiapkanlah diri anda kerana anda sudah tidak ada masa lagi untuk berseronok-seronok inilah masa anda muhasabah balik amal-amal ibadah, amal soleh, amal kebajikan dan kebaikan dan menjauhkan diri daripada dosa dan maksiat.
Sebahagian ulama membahagikan kehidupan manusia kepada tiga bahagian iaitu 20 tahun masa muda, 20 tahun pada usia matang manakala 20 tahun lagi waktu persiapan untuk mati.
Pada usia ini, akan kelihatan sama ada kita akan lebih banyak melakukan kebaikan atau kejahatan dan menuju syurga atau neraka selepas melalui saat penting dalam kehidupan antara usia 20 hingga 40.
Ada ulama berpandangan sekiranya setelah mencecah usia itu, amal kebaikannya tidak mengatasi kejahatannya, maka syaitan akan menyapu wajahnya sambil berikrar, "Demi ayahku, wajah ini tidak akan terlepas daripadaku." Malah usia itu menjadi penentuan bagi perjalanan hidup manusia sama ada diilhamkan memilih jalan baik atau sebaliknya.
Bagi golongan yang mencapai usia 40 tahun, mereka perlu berfikir lebih jauh kerana usia itu mereka sudah berada di persimpangan terakhir sebelum menempuh fasa menanti kematian.
Dalam urusan agama, seseorang perlu bersiap sedia kerana apabila usia menjangkau 40 tahun, dia perlu mengimbas kembali apa yang sudah dilakukan sepanjang hidup.
Malah, dalam soal pemakanan juga golongan pada usia itu sepatutnya sudah mula memikirkan kesan baik atau buruk terhadap apa yang dimakan.
Tidak boleh lagi makan sembarangan kerana dia perlu tahu organ pada tubuhnya sudah tidak seperti usia 20 tahun dahulu. Itu semua demi kebaikan kerana ingin mendapatkan sesuatu yang lebih baik buat dirinya.
Nabi bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia adalah yang panjang usianya dan baik amalannya.” ~ (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Manakala, seburuk-buruk manusia adalah dia diberikan usia yang panjang, namun amalannya buruk atau semakin buruk.
Modal kita di dunia ini bukan wang ringgit atau harta, tetapi diukur bagaimana usia itu dilaburkan.
Rahsia Di Sebalik Umur 40 Tahun
Sebahagian orang menyebut, umur empat puluh tahun penuh teka-teki dan penuh misteri. Sehingga terbit sebuah buku berjudul, "Misteri Umur 40 tahun" yang diterbitkan pustaka al-tibyan – Solo, diterjemahkan dari buku berbahasa Arab, Ya Ibna al-Arba'in, oleh Ali bin Sa'id bin Da'jam.
Seseorang yang sudah mencapai umur 40 tahun berarti akalnya sudah sampai pada tingkat kematangan berfikir serta sudah mencapai kesempurnaan kedewasaan dan budi pekerti. Sehingga secara umum, tidak akan berubah keadaan seseorang yang sudah mencapai umur 40 tahun.
Al-Tsa'labi rahimahullah berkata, "Sesungguhnya Allah menyebutkan umur 40 tahun karena ini sebagai batasan bagi manusia dalam keberhasilan maupun keselamatannya."
Ibrahim al-Nakhai rahimahullah berkata, "Mereka berkata bahwa jika seseorang sudah mencapai umur 40 tahun dan berada pada suatu perangai tertentu, maka ia tidak akan pernah berubah hingga datang kematiannya." (Lihat: al-Thabaqat al-Kubra: 6/277)
Allah Ta'ala telah mengangkat para nabi dan Rasul-Nya, kebanyakan, pada usia 40 tahun, seperti kenabian dan kerasulan Muhammad, Nabi Musa, dan lainnya 'alaihim al-Shalatu wa al-Sallam. Meskipun ada pengecualian sebagian dari mereka.
Imam al-Syaukani rahimahullah berkata, "Para ahli tafsir berkata bahwa Allah Ta'ala tidak mengutus seorang Nabi kecuali jika telah mencapai umur 40 tahun." (Tafsir Fathul Qadir: 5/18)
Dengan demikian, usia 40 tahun memiliki kekhususan tersendiri. Pada umumnya, usia 40 tahun adalah usia yang tidak dianggap biasa, tetapi memiliki nilai lebih dan khusus.
Sheikh Abdul Wahab Al-Sya'rani dalam kitabnya al-Bahrul Maurud, menyebut apabila usia manusia mencecah 40 tahun, berjanjilah dengan diri supaya melipat tikar dan bantal dengan serta-merta serta ingatlah mereka dalam perjalanan menuju akhirat. Setiap nafas disedut tidak lagi dipergunakan untuk kepentingan dunia sama sekali, di samping mengira setiap detik melebihi usia 40 tahun menyamai tempoh 100 tahun sebelumnya.
Orang paling bodoh pula, mereka yang masih mengikut hawa nafsu dan meletakkan angan-angan kepada Allah SWT.
Imam Syafie apabila mencecah usianya 40 tahun, akan membawa tongkat sebagai peringatan beliau sedang menuju akhirat.
Jadikanlah amalan mereka yang mencecah usia 40 tahun dengan sentiasa berdoa, "Wahai Tuhanku, lapangkanlah pada diriku rasa bersyukur pada nikmat yang Engkau kurniakan dan ke atas ibu bapaku yang sentiasa mendidikku serta aku ingin sentiasa didorong melakukan amalan salih yang Kamu redai."
Perjalanan Menuju Akhirat
Sesungguhnya, janggal sekiranya pada usia mencecah 40 tahun, manusia masih tidak menghadiri majlis ilmu, menghampiri al-Quran dan tidak bergaul dengan jemaah baik kerana peringatan demi peringatan sudah diberi Allah SWT kepada mereka termasuk iktibar yang mampu diperoleh daripada orang di sekeliling.Sheikh Abdul Wahab Al-Sya'rani dalam kitabnya al-Bahrul Maurud, menyebut apabila usia manusia mencecah 40 tahun, berjanjilah dengan diri supaya melipat tikar dan bantal dengan serta-merta serta ingatlah mereka dalam perjalanan menuju akhirat. Setiap nafas disedut tidak lagi dipergunakan untuk kepentingan dunia sama sekali, di samping mengira setiap detik melebihi usia 40 tahun menyamai tempoh 100 tahun sebelumnya.
Persiap Diri Bawa Bekalan
Selepas mencapai usia 40 tahun, tiada lagi masa beristirahat atau mengejar urusan dunia kerana masa semakin suntuk, malah kematian semakin hampir tiba. Manusia paling cerdik, mereka yang mempersiapkan diri dan membawa bekalan untuk menempuhi kehidupan sesudah kematian.Orang paling bodoh pula, mereka yang masih mengikut hawa nafsu dan meletakkan angan-angan kepada Allah SWT.
Imam Syafie apabila mencecah usianya 40 tahun, akan membawa tongkat sebagai peringatan beliau sedang menuju akhirat.
Jadikanlah amalan mereka yang mencecah usia 40 tahun dengan sentiasa berdoa, "Wahai Tuhanku, lapangkanlah pada diriku rasa bersyukur pada nikmat yang Engkau kurniakan dan ke atas ibu bapaku yang sentiasa mendidikku serta aku ingin sentiasa didorong melakukan amalan salih yang Kamu redai."
Rujukan:
- Tafsir Al-Quran Pimpinan Ar-Rahman
- Koleksi Hadith Sahih : Al-Qur'an Menyebut Umur 40 Tahun
- Usia 40 tahun bukan lagi masa ikut nafsu
- Waspada apabila usia melebihi 40 tahun
- Uban dan usia 40-an