Segala Puji bagi Allah tuhan semesta alam yang menguasai sekalian makhluknya, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, ahli keluarganya, para sahabatnya, dan tabi'en serta tabi' at-tabi'en kesemuanya.
Khawārij (خوارج) yang secara harfiahnya bermaksud "mereka yang keluar", kalimah Khawarij itu berasal dari perkataan kharaja yang bermaksud keluar. Golongan Khawarij adalah sebahagian kelompok dari kaum Muslimin yang pada mulanya mereka menyokong Saiyidina Ali ibn Abi Talib, tetapi kemudian menolak kepimpinannya. Golongan ini mula terbentuk pada akhir abad ketujuh Masehi di selatan Iraq. Mereka berbeza daripada golongan Sunni dan Syiah.
Khawarij adalah ungkapan yang cukup terkenal suatu ketika dahulu, tetapi lama kelamaan mengalami kemunduran. Namun akhir-akhir ini ungkapan ini seperti dilahirkan semula dengan terma Neo-Khawarij kerana terdapat golongan tertentu yang telah menghidupkan kembali sifat-sifat dan ciri-ciri yang dimiliki oleh golongan Khawarij yang terdahulu. Gelaran dan ungkapan penisbahan ini telah disematkan kepada beberapa kelompok dan organisasi, adakah penisbahan tersebut dilakukan secara hak atau secara bathil?
Oleh kerana itu, kita memerlukan pengetahuan dari sumber yang benar serta maklumat yang terkini untuk kita jelaskan, "Siapa Sebenarnya yang dimaksudkan sebagai Khawarij?". Dan bagaimana ciri-cirinya? Apakah ianya bersesuaian dengan ciri-ciri yang telah dikhabarkan oleh Sunnah Nabawi, hingga kita dapat meletakkan kelompok tersebut tempat yang selayaknya. Ciri-ciri seperti apakah yang paling dekat dan ciri-ciri seperti apa yang menyalahinya?
Tidak pernah disebutkan sebuah peringatan di dalam Sunnah Nabi atas sebuah kelompok secara khusus dari kelompok-kelompok ummat ini kecuali kelompok Khawarij.
Terdapat lebih daripada 20 buah hadits yang menyebutkan tentang perihal sifat dan tindak tanduk golongan Khawarij dengan sanad yang shahih atau sanad yang hasan. Hal yang demikian disebabkan oleh kesan pengaruhnya yang amat merbahaya terhadap ummah yang telah menimbulkan kerosakan dan menyebabkan golongan masyarakat awam amat mudah tertipu dengan dakyah mereka. Ianya disebabkan oleh penampilan luaran mereka yang kelihatan shaleh dan bertakwa.
Mazhabnya tidak terbatas pada pandangan dan pemikiran, bahkan melebihi dari itu, hingga membawa ke pertumpahan darah.
Ciri-Ciri Khawarij Yang Diberitakan Oleh Al-Hadits
Ulama dan kerajaan negara Islam sekarang melabelkan kumpulan pengganas yang membunuh orang yang tidak berdosa sebagai golongan "Khawarij baru" kerana golongan pengganas seperti ini menghalalkan darah orang kafir dan orang Islam yang mereka hukumkan sebagai kafir.Usianya Muda
Kebanyakan dari mereka adalah dari golongan para pemuda yang kurang berpengalaman dalam soal kehidupan dan menerapkan fiqhul waqi' dalam realiti kehidupan yang sebenar. Jarang di jumpai guru atau mu'alim yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam kelompoknya.Baginda Nabi shallahu alaihi wa sallam memberikan gambaran seperti berikut :
حُدَثَاءُ الْأَسْنَانِ
ertinya: "usianya muda"
Berkata al-Hafidz Ibnu Hajar dalam Kitab Fathul Bari 12/287 : "adalah umurnya masih muda."
Bertindak Sembarangan
Pada umumnya kaum Khawarij telah menanamkan ideologi pemikiran mereka terhadap para pemuda yang mudah bertindak sembarangan atau sembrono, dan mudah melakukan tindakan tergesa-gesa tanpa sebarang perhitungan yang wajar, bahkan mereka kelihatan mempunyai semangat yang meluap-luap tetapi memiliki pemahaman terhadap agama dan sosial yang dangkal serta berfikiran sempit tanpa wawasan yang jauh.Sebagaimana yang telah di sebutkan di dalam hadits muttafaq alaihi:
يَأْتِي فِي آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ، حُدَثَاءُ الْأَسْنَانِ، سُفَهَاءُ الْأَحْلَامِ
“Akan ada di akhir zaman suatu kaum yang usianya muda, dan pemahamannya dangkal."
Akal yang dangkal, bertindak sembrono, tergesa-gesa dalam mengambil keputusan tanpa perhitungan yang wajar.
Berkata Imam Nawawi rahimahullah :
قال النووي: "يُسْتَفَادُ مِنْهُ أَنَّ التَّثَبُّتَ وَقُوَّةَ الْبَصِيرَةِ تَكُونُ عِنْدَ كَمَالِ السِّنِّ وَكَثْرَةِ التَّجَارِبِ وَقُوَّةِ الْعَقْلِ"، نقله عنه الحافظ في الفتح.
Manfaat darinya bahawa, keteguhan, dan wawasan yang kuat itu, terbentuk pada umur yang sudah sempurna, dan banyak pengalaman, dan kematangan aqal fikiran. ~ (Di nukil Dari Imam Al-hafidz dalam kitab Fathul Bari)
Bersabda Baginda Nabi :
إِنَّ فِيكُمْ قَوْمًا يَعْبُدُونَ وَيَدْأَبُونَ، حَتَّى يُعْجَبَ بِهِمُ النَّاسُ، وَتُعْجِبَهُمْ نُفُوسُهُمْ، يَمْرُقُونَ مِنَ الدِّينِ مُرُوقَ السَّهْمِ مِنَ الرَّمِيَّةِ. رواه أحمد بسند صحيح
"Sesungguhnya di antara kalian ada suatu kaum yang sangat rajin beribadah sehingga orang-orang kagum kepada mereka, bahkan diri mereka sendiri pun kagum. Mereka keluar dari agama laksana anak panah keluar dari busurnya.”
Mereka telah didorong oleh keegoan mereka yang mendakwa diri mereka sebagai golongan yang 'alim, lalu mereka mencela para ulama'. Mereka menangani dan menghadapi peristiwa-peristiwa penting dengan tanpa bekal pengalaman dan pengetahuan yang cukup serta tidak merujuk kepada para ahli fiqh dan ahli ra'yi.
Bersungguh-Sungguh Dalam Beribadah.
Mereka dikenali sebagai ahli ibadah yang banyak solat, puasa, membaca al-Qur'an dan rajin beramal serta melakukan pengorbanan yang sangat luar biasa. Hal inilah yang telah menyebabkan masyarakat mudah tertipu dengannya.
Oleh kerana itu hadits Nabi telah menjelaskan secara terang dan nyata agar ianya dapat memperingati ummah supaya berhati-hati dengan sifat-sifat golongan yang telah disebutkan tadi.
Sabda baginda Nabi s.a.w :
لَيْسَ قِرَاءَتُكُمْ إِلَى قِرَاءَتِهِمْ بِشَيْءٍ، وَلَا صَلَاتُكُمْ إِلَى صَلَاتِهِمْ بِشَيْءٍ، وَلَا صِيَامُكُمْ إِلَى صِيَامِهِمْ بِشَيْءٍ. رواه مسلم.
"Bacaan kamu jika dibandingkan dengan bacaan mereka tidak ada apa-apanya, demikian pula shalat dan puasa kamu bila di bandingkan dengan shalat dan puasa mereka tidak ada apa-apanya."
Kemudian Baginda Nabi bersabda :
يَحْقِرُ أَحَدُكُمْ صَلَاتَهُ مَعَ صَلَاتِهِمْ، وَصِيَامَهُ مَعَ صِيَامِهِمْ. متفق عليه.
“Salah seorang kalian meremehkan shalatnya di hadapan shalat mereka, puasanya di hadapan puasa mereka.
Jika para sahabat di anggap remeh shalatnya bila di banding dengan shalat mereka, apalah ertinya shalat kita (yang bukan sahabat nabi) jika di bandingkan dengan solat kaum khawarij ini.
Pada saat Abdullah ibnu Abbas bertemu dengan kaum Khawarij beliau berkata :
"فَدَخَلْتُ عَلَى قَوْمٍ لَمْ أَرَ أَشَدَّ اجْتِهَادًا مِنْهُمْ، أَيْدِيهِمْ كَأَنَّهَا ثِفَنُ الْإِبِلِ [أي غليظة]، وَوُجُوهُهُمْ مُعَلَّمَةٌ مِنْ آثَارِ السُّجُودِ" رواه عبد الرزاق في المصنف.
"Maka aku memasuki suatu kaum yang belum pernah aku jumpai hebatnya mereka dalam beribadah. Tangan-tangan mereka kasar seperti lutut unta, dahi mereka ada tanda hitam bekas sujud."
Buruknya Pemahaman Terhadap al-Qur'an.
Mereka banyak membaca al-Qur'an, beristidlal dengan al-Qur'an namun tanpa fiqh dan ilmu. Bahkan mereka meletakkan dalil-dalil ayat al-qur'an bukan pada tempatnya. Bahkan begitu banyak sekali ciri-ciri mereka telah disebutkan di dalam hadits, yang seperti berikut:
يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ يَحْسِبُونَ أَنَّهُ لَهُمْ وَهُوَ عَلَيْهِمْ،
Mereka membaca Alquran dan mengiranya sebagai pembela mereka, padahal ia adalah hujjah yang menghancurkan alasan mereka.
يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ رَطْبًا، لاَ يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ،
Mereka membaca kitab Allah di lisan, namun tidak melewati kerongkong mereka.
يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ.
Mereka membaca Alquran namun tidak sampai ke kerongkongnya.
Berkata Imam Nawawi dalam mensyarahkan Shahih Muslim :
قال الإمام النووي في شرح صحيح مسلم: "لَيْسَ حَظّهمْ مِنْ الْقُرْآن إِلَّا مُرُوره عَلَى اللِّسَان، فَلَا يُجَاوِز تَرَاقِيهمْ لِيَصِل قُلُوبهمْ, وَلَيْسَ ذَلِكَ هُوَ الْمَطْلُوب, بَلْ الْمَطْلُوب : تَعَلُّقه، وَتَدَبُّره بِوُقُوعِهِ فِي الْقَلْب".
"Mereka tidak punya bahagian apa pun dari al-Quran melainkan hanya bacaan saja yang melintasi di lisannya, tidak sampai ke kerongkong untuk sampai ke dalam hatinya. Bacaan seperti mereka ini tidaklah dianjurkan, yang dianjurkan adalah, keterpautannya kepada al-Quran, merenungi isisnya dan sampai ke dalam hati."
Berkata syeikhul Islam :
وقال شيخ الإسلام: "وَكَانَتْ الْبِدَعُ الْأُولَى مِثْلُ بِدْعَة الْخَوَارِجِ إنَّمَا هِيَ مِنْ سُوءِ فَهْمِهِمْ لِلْقُرْآنِ، لَمْ يَقْصِدُوا مُعَارَضَتَهُ، لَكِنْ فَهِمُوا مِنْهُ مَا لَمْ يَدُلَّ عَلَيْهِ " مجموع الفتاوى.
Adalah bid'ah-bid'ah yang muncul pada abad pertama, adalah seperti perbuatan bid'ah kaum Khawarij. Hal itu terjadi disebabkan oleh buruknya pemahaman mereka atas al-Qur'an, mereka bukan hendak menentang al-Qur'an, melainkan mereka fahami al-Qur'an secara tidak benar dan tidak sesuai." ~ (Majmu' al-Fatawa).
Oleh itu Abdullah ibnu Umar berkata tentang Khawarij.
ولذلك قال فيهم عبد الله بن عمر رضي الله عنهما: "انْطَلَقُوا إِلَى آيَاتٍ نَزَلَتْ فِي الكُفَّارِ، فَجَعَلُوهَا عَلَى المُؤْمِنِينَ" ذكره البخاري تعليقاً.
"Mereka Lantunkan Ayat-ayat yang turun kepada orang-orang Kafir, kemudian mereka lemparkan kepada orang-orang beriman."
Berkata Ibnu hajar :
قال ابن حجر: "كَانَ يُقَالُ لَهُمُ الْقُرَّاءُ لِشِدَّةِ اجْتِهَادِهِمْ فِي التِّلَاوَةِ وَالْعِبَادَةِ إِلَّا أَنَّهُمْ كَانُوا يَتَأَوَّلُونَ الْقُرْآنَ عَلَى غَيْرِ الْمُرَادِ مِنْهُ، وَيَسْتَبِدُّونَ بِرَأْيِهِمْ، وَيَتَنَطَّعُونَ فِي الزُّهْدِ
وَالْخُشُوعِ وَغَيْرِ ذَلِكَ" فتح الباري لابن حجر.
وَالْخُشُوعِ وَغَيْرِ ذَلِكَ" فتح الباري لابن حجر.
ertinya: "Mereka ini (Khawarij) di katakan sebagai Qurra' (Bagus bacaan Al-qur'an nya) Karena bersungguh-sungguhnya mereka dalam membaca Al-qur'an dan bersungguh-sungguh dalam beribadah, Namun mereka Takwilkan Al-qur'an tidak sesuai dengan yang di maksud. mereka keras kepala (tidak mengindahkan pertimbangan orang lain) berlebihan dalam zuhud dan khusyu' dan lain sebagainya." ~ (Fathul Bari oleh Ibnu hajar)
Kata-Kata Mereka Hebat Dan Indah.
Perkataan mereka itu kelihatan hebat dan indah, mereka mempamerkan kefasihan dan kebagusan cara menghurai kata-kata yang tak terlawan, kelihatannya seperti mereka ini pintar menggunakan logik dan berdebat dalam menyeru masyarakat kepada "Hukum Syariah" dengan melaungkan slogan "Hukum hanyalah Milik Allah", mereka menyeru memerangi orang-orang Murtad dan orang-orang Kafir. Namun tingkah laku dan perbuatan mereka nyata tidak bersesuaian dengan kehendak sebenar agama malah jauh menyimpang dari seruan yang sebenar.Sebagaimana yang telah di gambarkan Oleh baginda Nabi shallallahu alaihi wa sallam.
يُحْسِنُونَ الْقِيلَ، وَيُسِيئُونَ الْفِعْلَ
Mereka bagus ucapan nya dan buruk perbuatan.
يَتَكَلَّمُونَ بِكَلِمَةِ الْحَقِّ
mereka bicara dengan kalimat yang Haq.
يَقُولُونَ مِنْ خَيْرِ قَوْلِ الْبَرِيَّةِ
Mereka berbicara dari ucapan sebaik-baiknya nabi, iaitu sabda Rasulullah.
Berkata as-Sanadi dalam Hasyiahnya atas Sunan an-Nasa'i.
قال السندي في حاشيته على سنن النسائي: "أَي يَتَكَلَّمُونَ بِبَعْض الْأَقْوَال الَّتِي هِيَ من خِيَار أَقْوَال النَّاس فِي الظَّاهِر، مثل: إن الحكم إلا لله، ونظائره، كدعائهم إِلَى كتاب الله".
"Mereka ini (Khawarij) secara zahirnya, berbicara dengan slogan yang terbaik, seperti "Sesungguhnya Hukum itu hanya Milik Allah", dan menyeru untuk kembali kepada Kitabullah.
Mengkafirkan Dan Menghalalkan Tumpahnya Darah.
Inilah ciri yang paling ketara dan ciri yang membezakan dari golongan-golongan yang lain.Mengkafirkan tanpa Haq, menghalalkan pertumpahan darah terhadap orang yang tidak sefahaman dengan pandangan mereka. Sebagaimana yang telah di huraikan Oleh baginda Nabi Shallahu alaihi wa sallam:
يَقْتُلُونَ أَهْلَ الإِسْلاَمِ وَيَدَعُونَ أَهْلَ الأَوْثَانِ. متفق عليه
Mereka membunuh orang-orang Islam dan membiarkan Penyembah Berhala.
Perbuatan mereka inilah yang paling dicela oleh baginda Nabi shallallahu alaihi wa sallam terhadap kaum khawarij. (Majmu'ul fatawa).
Sebab pembunuhan yang dilakukan oleh mereka adalah kerana menganggap orang Islam tersebut telah Kafir atau Murtad.
Berkata Imam al-Qurthubi dalam kitab al-Mufham.
"وذلك أنهم لما حكموا بكفر مَن خرجوا عليه من المسلمين، استباحوا دماءهم".
hal yang demikian di sebabkan bahawa saat mereka telah menghukumi Kafir terhadap orang yang tidak sefahaman dengan mereka dengan demikian maka mereka membolehkan menumpahkan darahnya.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan :
قال شيخ الإسلام ابن تيمية: "فَإِنَّهُمْ يَسْتَحِلُّونَ دِمَاءَ أَهْلِ الْقِبْلَةِ لِاعْتِقَادِهِمْ أَنَّهُمْ مُرْتَدُّونَ أَكْثَرَ مِمَّا يَسْتَحِلُّونَ مِنْ دِمَاءِ الْكُفَّارِ الَّذِينَ لَيْسُوا مُرْتَدِّينَ " مجموع الفتاوى.
وقال: "وَيُكَفِّرُونَ مَنْ خَالَفَهُمْ فِي بِدْعَتِهِمْ، وَيَسْتَحِلُّونَ دَمَهُ وَمَالَهُ، وَهَذِهِ حَالُ أَهْلِ الْبِدَعِ يَبْتَدِعُونَ بِدْعَةً وَيُكَفِّرُونَ مَنْ خَالَفَهُمْ فِيهَا " مجموع الفتاوى.
وقال: "وَيُكَفِّرُونَ مَنْ خَالَفَهُمْ فِي بِدْعَتِهِمْ، وَيَسْتَحِلُّونَ دَمَهُ وَمَالَهُ، وَهَذِهِ حَالُ أَهْلِ الْبِدَعِ يَبْتَدِعُونَ بِدْعَةً وَيُكَفِّرُونَ مَنْ خَالَفَهُمْ فِيهَا " مجموع الفتاوى.
Sesungguhnya mereka menghalalkan darah ahlul kiblat, di sebabkan oleh keyakinan mereka bahawa ahlul kiblat itu telah murtad, lebih banyak darah yang mereka tumpahkan daripada darahnya orang-orang kafir yang tidak Murtad. ~ (Majmu' ul fatawa).
Kemudian Ibnu Taimiyah melanjutkan: "Mereka mengkafirkan orang yang tidak sefahaman dengan mereka dalam kesalahan yang mereka buat. selanjutnya mereka menghalalkan darah dan harta kaum muslimin. keadaan kaum Khawarij yang seperti itu adalah keadaan ahlu Bid'ah, melakukan perbuatan bid'ah dengan mengkafirkan orang yang tidak sefahaman dengannya." ~ (Majmu'ul fatawa)
Adapun pengkafiran yang dilakukan kaum Khawarij ada bermacam-macam bentuknya, seperti :
- Mengkafirkan terhadap orang yang melakukan dosa besar,
- Mengkafirkan yang sebenarnya tidak berdosa.
- Mengkafirkan atas landasan persangkaan atau dicurigai, atau perkara-perkara yang masih samar.
- Mengkafirkan perkara yang masih dalam perkara khilafiyah dan ijtihad.
- Mengkafirkan perkara tanpa adanya penelitian adakah itu sudah sesuai memenuhi syariat atau tidak?. Tidak di uzurkan kerana kejahilan atau masih boleh di takwilkan.
- Menghalalkan darah orang yang telah di kafirkan tanpa ada proses pengadilan dan tanpa di minta bertaubat sebelumnya.
Oleh itu baginda Nabi shallallahu alaihi wasallam mengatakan perihal kaum Khawarij ini.
يَمْرُقُونَ مِنَ الْإِسْلَامِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّة
Mereka lepas dari Islam sebagaimana anak panah lepas dari busurnya.
Terlepasnya agama mereka diserupakan dengan anak panah yang lepas mengenai haiwan buruannya hingga menusuk dan tembus keluar kerana cepat dan kuatnya meluncurnya anak panah tersebut dan di jasad haiwan buruan itu tak ada sisa-sisa anak panahpun. ('Umdatul qari')
Dalam Shahih Muslim di sebutkan:
هُمْ شَرُّ الْخَلْقِ وَالْخَلِيقَة
Mereka Adalah seburuk-buruknya makhluk.
Menurut Imam ahmad dengan sanad yang Jayyid
طُوبَى لِمَنْ قَتَلَهُمْ وَقَتَلُوهُ
Beruntunglah orang yang membunuh mereka atau dibunuh oleh mereka.
berkata Ibnu Hajar :
وَفِيهِ أَنَّ الْخَوَارِجَ شَرُّ الْفِرَقِ الْمُبْتَدِعَةِ مِنَ الْأُمَّةِ الْمُحَمَّدِيَّةِ " فتح الباري.
Sesungguhnya Khawarij Adalah seburuk-buruknya golongan pelaku Bid'ah dari ummat Muhammad. ~ (Fathul bari).
Membuat Tanda Atau Lambang Yang Berbeza Dari Kebanyakan Orang.
Pada setiap masa mereka mempunyai tanda atau lambang yang berbeza dan dibanggakan. Boleh jadi tanda dan lambang mereka itu berbentuk bendera atau warna pakaian atau pola perilaku mereka atau lain-lainnya.Tanda lambang mereka di zaman Sayyidina Ali adalah mencukur kepalanya, sebagaimana yang telah dikhabarkan oleh baginda Nabi shallallahu alaihi wa sallam:
سِيمَاهُمْ التَّحْلِيق
Ciri khas mereka adalah Gundul ~ (HR Al-bukhari).
Berkata Syikhul islam dalam kitab Majmu"ul Fatawa 28/ 497 :
وَهَذِهِ السِّيمَا سِيمَا أَوَّلِهِمْ كَمَا كَانَ ذُو الثُديَّة ؛ لا أَنَّ هَذَا وَصْفٌ لَازِمٌ لَهُمْ"
Ciri Khas seperti ini (botak) adalah ciri khas pada permulaan munculnya Khawarij. Sebagaimana Dzu Tsudayyah.
Bukan berarti ciri botak seperti itu adalah ciri yang tetap yang tak berubah bagi mereka.
Berkata Imam al-Qurtubi :
وقال القرطبي : "(سيماهم التحليق) أي: جعلوا ذلك علامةً لهم على رفضهم زينة الدّنيا ، وشعارًا ليُعرفوا به " المفهم
"Ciri khas mereka adalah botak, maksudnya. mereka jadikan botak itu sebagai tanda atas penolakan mereka terhadap perhiasan dunia, dan menjadikan itu sebagai simbol supaya mereka mudah dikenali." ~ (Al-Mufham)
Wallahu A'lam.....